Berbalik pada ceramah yang saya tonton tadi. Mukadimmahnya seperti ini:
- Setiap butir nasi yang dimakan isteri sisuami akan dapat pahala. Bayangkan kalau sisuami ada 4 isteri. Maka bergandalah pahala sisuami!
- Malah sisuami juga akan dapat pahala jika menggantikan getah seluar dalam isteri yang telah longgar!
- Dan isi ceramah beralih kepada bidadari dan penghulu bidadari.
Semakin lama saya tonton semakin mual saya dibuatnya.
Inikah tahap IQ orang kita?
Cuba tilik apa yang orang kita ada:
- UIA, Kolej-kolej Islam, Sekolah Agama Tinggi, Sekolah Agama Rakyat dll.
- JAKIM, JAIS, MUIS, Majlis Fatwa dll.
- Mahkamah Syariah, Hakim dan Peguam Syarii, Kadi, Mufti dll.
- Tabung Haji, Bank Islam, Bank Muamalat, Ar Rahnu dll.
- Oasis, TV Hijrah ...
- Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Qazim, Ustaz Don, Ustaz Asri, Ustaz Rasul Dahri, Ustazah Nor Bahiyah dll.
- Imam Muda, Ustazah Pilihan dll.
Dengan angkatan yang besar yang saya nyatakan di atas sepatutnya ilmu agama yang kita miliki sudah mencapai satu tahap yang hebat kalaupun tidak sehebat zaman kebangkitan keIlmuan Islam dulu.
Malangnya ia amat mengecewakan.
Kemegahan pembangunan yang zahir tidak sepadan dengan pembangunan "fikiran" khalayak. Kalau dibiarkan "fikiran" ini akan terjerumus ke lembah jumud.
Bila saya fikir-fikirkan tidak hairanlah sebahagian khalayak yang jemu dengan "fikiran" yang tidak berkembang ini akhirnya mencari pilihan lain.
Jangan salahkan mereka yang menjadi ahli Arqam atau menganut fahaman Syiah atau menjadi Islam Liberal atau beralih kepada agama Kristian dan Hindu atau menolak agama sama sekali.
Nasihat saya ialah cari jalan untuk menjadikan keilmuan Islam ini sesuatu yang menyelerakan "fikiran" dan "rohani".
Di zaman kegemilangan kebangkitan ilmu Islam dulu khalayak sangat bebas berhujah dan mengupas kandungan ilmu itu sehingga ilmu itu dihormati dan dikaji oleh pelbagai bangsa dan agama.
Hari ini semuanya serba tidak boleh. Oleh itu "fikiran" menjadi kaku dan jumud.
Berbalik kepada kepada kandungan ceramah yang saya tonton itu.
Kita akan pulang satu hari nanti untuk meniti titian siratul mustaqim.
Adakah gebang mengenai nasi yang isteri makan dan getah seluar dalam isteri boleh menjamin keselamatan kita di titian siratul mustaqim?
Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment