Kenapa ejaannya berbeda? Saya bedakan untuk memudahkan faham.
Ulama' (u-l-a-m-a yang ditambah tanda ') merujuk kepada firman ini:
Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut akan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." [Faathir 35: 28]
Siapa yang kenal ulama' ini? Tiada siapa yang tahu melainkan Allah saja Yang Maha Tahu. Ulama' adalah rahsia Allah. Mustahil manusia mengetahui siapa ulama' di sisi Allah.
Sifat bimbang dan takut adalah sifat-sifat yang boleh ditunjuk-tunjukkan dan dipamer-pamerkan untuk muslihat sipemamer. Allah menggolongkan mereka ini sebagai munafik. Dan munafik sangat payah disaring.
Namun begitu Nabi s.a.w di dalam sabda Baginda ada memberi petunjuk untuk mengenali ulama' yang dimaksudkan oleh firman di atas.
Sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya para ulama' adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna." [Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya].
Ulama' pewaris nabi bolehlah difahamkan mereka mewarisi sifat-sifat mulia para nabi. Sebahagian dari sifat-sifat itu ialah:
- Benar di dalam kata, amal dan kelakuannya sehingga orang ramai boleh mengambil manfaat bila bergaul dengan mereka.
- Bila menyampaikan perintah Allah dan Rasul dilakukannya dengan telus dan tulus tanpa takut dan ragu-ragu.
- Sangat amanah menjaga urusan agamanya.
- Bijaksana di dalam setiap urusan sehingga kesucian agama terpelihara dan keadilan dirasai di dalam urusannya dengan manusia.
Sebahagian mereka bermusuhan kerana berbeda mazhab, pandangan atau parti. Kadangkala mereka mencerca, memfitnah dan menghukum pihak lawan mereka.
Ada pula yang mencipta berbagai-bagai peraturan dalam urusan agama sehingga menyusahkan orang ramai. Urusan agama yang pada asalnya mudah dan ringkas menjadi payah dan rumit.
Ada pula yang membina tembok besar di keliling mereka dan bila muncul depan khalayak mereka hanya memberi arahan yang wajib dipatuhi.
Kesimpulannya ulamak tidak semestinya ulama'.
No comments:
Post a Comment