Thursday, January 21, 2010

Dongeng Bohsia, Arab dan Abdul

Baru-baru ini saya berkesempatan melayar laman sesawang Oh Artis! Dahsyat juga! Dahsyat kerana saya tabik kepada paparazi mereka! Seronok juga melihat gelagat artis kita, gelagat anak-anak orang kenamaan kita dan gelagat remaja kita.

Artis ini bukan malaikat. Drama tv lain. Penampilan di tv pun lain. Itu dunia dia orang cari makan. Dunia sebenarnya lain.

Bukan artis saja. Orang lain pun macam itu. Yang bertudung dan berserban pun sama. Kalau tak percaya kerahkan paparazi supaya bekerja keras skodeng mereka.

Zaman sekarang istilahnya bohsia, anak abu, bohjan dan macam-macam lagi.

Zaman muda saya istilahnya resen (atau ration) bagi perempuan dan buaya darat bagi lelaki. Kalau resen datang berkumpulan kita gelar mereka ARAB yaitu  Angkatan Resen Antara Bangsa! Kalau buaya darat datang berkumpulan kita panggil mereka ABDUL yaitu Angkatan Buaya Darat, Udara dan Laut!

Modus operandinya sama. Resen dikongsi oleh buaya darat macam bohsia dikongsi oleh bohjan.

Peringkat umur pun pelbagai, Dari 12 tahun ke 30an! 12 tahun? Ya! Ketika saya mengajar di Temerloh dulu saya pernah bertemu seorang resen yang berusia 12 tahun yang lari dari rumah dan tinggal bersama kakak angkatnya yang berumur 17 tahun. Kedua-dua mereka bekerja di sebuah pub di Temerloh!

Zaman ini budak 12 tahun masih main anak patung lagi.

Minum arak? Hisap ganja? Sedut heroin? Itu perkara biasa! Ingat tak Woodstock di Cheras? Kau orang ingat Woodstock di L.A. saja?  Huh! Ganja dan arak jadi hidangan favourite!

Setakat minum arak dan hisap fit dalam disko itu perkara kecil. Dulu-dulu dia orang minum arak dalam kedai Ah Teng, Tai Ah atau kedai Cina yang bertaburan dalam kampung atau pekan. Kalau ada joget lambak malam tu dah tentu nak berdengung dengan weng sekali! Kalau tak stone malam tu tak ruggedlah!

Dulu tak ada internet. Surat khabar pun tak cukup stringer. Paparazi langsung tak wujud. Kisah-kisah resen dan buaya darat menjadi pengalaman peribadi.

Dulu awek-awek yang berkumpulan datang dalam pelbagai nama. Satu nama yang saya masih ingat lagi ialah Bad Company! Hari ini dia orang tu dah jadi bini orang dan ada anak. Kawin juga! Jadi orang juga!

Setiap zaman ada hitam-putihnya. Cuma hari ini semua orang dapat melihatnya; dalam laman sesawang, youtube, hand phone, vcd skodeng dan apa sajalah.

Buatlah apapun hitam-putih tetap mewarnai kehidupan kita! Perhatikan diri kita sendiri. Jantung hitam, otak putih. Pandai-pandailah bawa diri.

Those Years … Gone-by

image

Tuanku Muhammad School. Unchanged since 1930. Standing proud and magnificient in its glory. Those days it was one of the best school in N9. Excellent in sports and study.

I’ve roamed the corridors, lived the classrooms, met friends, lost them and late last year (2008) met some of them.

Some of the best years in life. Form 1 to Form 5 i.e., 1967 – 1971. English medium. The last of the batches. Our classmates were comprised of the three legendary main ethnic groups; Malay, Chinese and Indians.

image

We did not lived by slogans. We were truly friends. In every sense of the word. We speak Malay and English wherever possible or when the situation warranted. No big deal. Proficient or otherwise. They were just languages that we were supposed to master. Not because one language is superior to the other or this language could propel us to the top of the world. No such rubbish and short-sightedness existed during those years. Not like today.

We study English simply because we were in the English medium. We study Malay because it is the Bahasa Kebangsaan. We also have the Malay medium school as our neighbour notably the Sekolah Menengah Zaaba. We co-exist peacefully. No big deal!

Hari Raya, Chinese New Year and Deepavali were yearly event. No big deal! We visited each other a lot. During the fruit seasons they came in flock to visit their Malay friends. Since most Chinese lived in town whenever we lepak in town during the school holidays we visited them. Most of us know each other’s parents and treated them with respect.

One of my friends is a doctor, Dr Yap Hock Hee. He has a clinic in Kuala Pilah, our hometown. Every time my father visited him they talked like friends (without me around!). Those years your friend’s father is also your friend.

It was a common sight that Malay, Chinese and Indians grouped together. Whether in sports, clubs or just plain friendship. We quarelled too.

I still remember a fourth former Malay guy and its equivalent Chinese guy fought with each using a screwdriver. They battled it out furiously leaving skin-deep wounds and us watching (Chinese, Malay, Indians!). We didn’t take side. We let them settled it out.

Fights were frequent those days. We had a secret fighting arena. That’s where those warriors settled their animosities. They did not fight to death. Usually one of them will surrender or sometime they got tired or the meeting  messed up by the unexpected arrival of adults or teachers. We treated those fights as something normal to adolescent. Adolescent is the age of discovery and stress.  Those fights help the savage ones to ease the stress. The fights never grow into racial riots.

A clever Chinese, a brilliant Malay or an exceptional Indian? No big deal. Nothing to shout at. He or she was treated as the best student not best Malay student or best Chinese student or best Indian student. We have only one prize. It was for the best student.

Why were those years simple?

Politics! Those years politics came once every 4 or 5 years.

Today politics is an every day meal.  You can find politics in your mainstream newspapers, your net favourite blogspots or forums, inside your school compound when teaching Maths and Science, in your house via television dramas or news, along the roadside with this signage SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL, at the warung where the main topic of discussion is  politics and so on and so on …

When you talk about politics you have to take sides. It means you are already divided. And stayed divided!

What to say?! Those good years have gone-by.

Friday, January 15, 2010

Negara Slogan

Memang benar. Ingat slogan-slogan ini?

Malaysia Berjaya. Muhibbah. Bersih, Cekap, Amanah. Wawasan 2020. Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Satu Malaysia; Rakyat diDahulukan Pencapaian diUtamakan.

Perhatikan urutan slogan di atas. Ada yang tidak betul. Sepatutnya ia bermula dengan Satu Malaysia; Rakyat diDahulukan Pencapaian diUtamakan dan disudahi dengan Malaysia Berjaya atau Cemerlang, Gemilang, Terbilang!

Apa sudah jadi?

Kita putar kedudukan masa dan selidiki pencapaian slogan-slogan ini. Kita mula dengan slogan terawal selepas memperolehi kemerdekaan.

Merdeka! Ya! Kita merdeka! Bebas! Melayu, Cina dan India! Kita mahu kejayaan yang lebih besar lagi! Kita bergabung dengan Singapura, Sarawak dan North Borneo (kini Sabah). Dan saudara kita bertambah kepada suku Kadazan, Iban dan sebagainya! Kita perlukan satu slogan untuk menyatukan mereka.

Muhibbah!

Malangnya Muhibbah berkesudahan dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia dan ditutup dengan tragedi 13 Mei. Rupa-rupanya semangat Muhibbah sahaja tidak cukup!

Muncul era baru. Kekayaan negara mesti dikongsi oleh semua kaum! Barulah ada perpaduan! Pendek kata wang = perpaduan! Kita perlukan slogan untuk menyampaikan maksud kita!

Bersih, Cekap, Amanah dan kita berarak menuju Wawasan 2020 dengan semangat Semarak!

Di mana berakhirnya slogan-slogan ini?

Bila wang=perpaduan lahirlah kegagalan Perwaja, skandal BMF dan kejatuhan mata wang 1997/98. Era itu ditutup dengan kemunculan reformasi dan seterusnya 60% undi orang melayu beralih ke parti melayu  (pas) dan undi  cina/india kekal pada barisan nasional!

Pemimpin beralih. Semangat baru slogan pun baru. Melayu, cina dan india perlu disatukan semula! Maka lahirlah slogan ini.

Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

Tahun 2004 mereka bersatu di bawah satu parti perpaduan barisan nasional. Pada 2008 mereka berpecah! Undi kaum cina dan india berpindah besar-besaran kepada parti pembangkang sehingga mengakibatkan barisan nasional kehilangan penguasaan 2/3 di parlimen dan seterusnya kehilangan 5 negeri! Kambing hitam perlu dicari untuk dijadikan korban!

Muncul pula musim baru. Musim baru bererti slogan baru.

Satu Malaysia; Rakyat diDahulukan dan Pencapaian diUtamakan.

Malangnya musim baru belum berakhir kita dikejutkan dengan perarakan kepala lembu, pembakaran gereja-gereja dan pencemaran masjid-masjid!

Sebenarnya kita belum Merdeka! sepenuhnya. Kita masih lagi dijajah dengan permainan perkauman oleh pihak British yaitu melayu ertinya peribumi, cina ialah kaum pedagang dan india kaum buruh!

Apa yang kita mahukan bukan slogan tapi kerajaan yang adil , bertanggungjawab dan telus. Kalau dalam bahasa Inggerisnya good governance. Itu saja. Barulahkita Merdeka! sepenuhnya.

Sunday, January 3, 2010

Allah, Tuhan Seru Alam!

Segala isi langit dan bumi adalah makhlukNya termasuk kuman dan tungau.

Allah ialah nama yang Dia namakan untuk DiriNya. Dan segala makhlukNya berhak memanggilNya Allah termasuk kuman dan tungau!

Tidak bergerak sesuatu tanpa IzinNya! Itulah Dia, Allah Yang Maha Perkasa! Tidak memerlukan sedikitpun pertolongan walau sebesar zarah dari makhluknya demi mentadbir AlamNya!

Agama Islam itu milikNya! Dialah yang menyempurnakannya . Agama yang Suci ini Dialah yang memeliharanya! Dia  Maha Pemelihara! Dia, Allah tidak memerlukan makhlukNya bersaing memelihara keSucian Diri dan agamaNya!

Dia Maha Perkasa lagi Maha Suci.

Dia membahagikan manusia kepada beberapa kategori; mukminin, muslimin, munafiqin, musyrikin dan kafirin. Ke semuanya adalah hamba-hambaNya; yang taat dan engkar.

Dia menyediakan syurga untuk mereka yang taat. Dia menyediakan neraka untuk mereka yang engkar.

Mukminin, muslimin, munafiqin, musyrikin dan kafirin berhak memanggilNya Allah sebab Tuhan yang bernama Allah adalah Tuhan mereka! Hanyasanya sebahagian ada yang taat dan sebahagian lagi ada yang engkar. Tidak mustahil yang taat akan engkar dan yang engkar akan taat! Tak usah berburuk sangka!

Bolehkah satu bangsa yang berjumlah 20 juta orang menjaga kesucian agama Islam? Walhal penganut agama Islam berjumlah lebih satu billion orang!

Adakah nama ALLAH itu hak eksklusif satu bangsa saja? Mustahil sebab Allah adalah Tuhan kepada banyak bangsa di dunia ini! Malah Allah ialah Tuhan mereka yang taat dan engkar; mukminin, muslimin, munafiqin, musyrikin dan kafirin!

Susah sangatkah hendak memahami konsep keTuhanan Allah ini? Semuanya ada dalam bicara Quran dan Hadith!

Mengikut khabarnya di zaman Nabi Sulaiman binatang boleh berkata-kata. Saya yakin kuman dan tungau akan memanggil Tuhannya Allah!  Jangan pula nanti ada gerombolan yang berarak cuba menghalang kuman dan tungau dari memanggil TuhanNya Allah!

Wawasan 2020 menjanjikan bangsa melayu menjejak mercu sebagai bangsa maju dunia! Akan tetapi tahun 2010 menginjak masuk di mana tidak terlintas di dalam fikiran saya akan menyaksikan bangsa saya ini amat porak-peranda dalam masalah politik, bahasa dan agama!