Friday, January 15, 2010

Negara Slogan

Memang benar. Ingat slogan-slogan ini?

Malaysia Berjaya. Muhibbah. Bersih, Cekap, Amanah. Wawasan 2020. Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Satu Malaysia; Rakyat diDahulukan Pencapaian diUtamakan.

Perhatikan urutan slogan di atas. Ada yang tidak betul. Sepatutnya ia bermula dengan Satu Malaysia; Rakyat diDahulukan Pencapaian diUtamakan dan disudahi dengan Malaysia Berjaya atau Cemerlang, Gemilang, Terbilang!

Apa sudah jadi?

Kita putar kedudukan masa dan selidiki pencapaian slogan-slogan ini. Kita mula dengan slogan terawal selepas memperolehi kemerdekaan.

Merdeka! Ya! Kita merdeka! Bebas! Melayu, Cina dan India! Kita mahu kejayaan yang lebih besar lagi! Kita bergabung dengan Singapura, Sarawak dan North Borneo (kini Sabah). Dan saudara kita bertambah kepada suku Kadazan, Iban dan sebagainya! Kita perlukan satu slogan untuk menyatukan mereka.

Muhibbah!

Malangnya Muhibbah berkesudahan dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia dan ditutup dengan tragedi 13 Mei. Rupa-rupanya semangat Muhibbah sahaja tidak cukup!

Muncul era baru. Kekayaan negara mesti dikongsi oleh semua kaum! Barulah ada perpaduan! Pendek kata wang = perpaduan! Kita perlukan slogan untuk menyampaikan maksud kita!

Bersih, Cekap, Amanah dan kita berarak menuju Wawasan 2020 dengan semangat Semarak!

Di mana berakhirnya slogan-slogan ini?

Bila wang=perpaduan lahirlah kegagalan Perwaja, skandal BMF dan kejatuhan mata wang 1997/98. Era itu ditutup dengan kemunculan reformasi dan seterusnya 60% undi orang melayu beralih ke parti melayu  (pas) dan undi  cina/india kekal pada barisan nasional!

Pemimpin beralih. Semangat baru slogan pun baru. Melayu, cina dan india perlu disatukan semula! Maka lahirlah slogan ini.

Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

Tahun 2004 mereka bersatu di bawah satu parti perpaduan barisan nasional. Pada 2008 mereka berpecah! Undi kaum cina dan india berpindah besar-besaran kepada parti pembangkang sehingga mengakibatkan barisan nasional kehilangan penguasaan 2/3 di parlimen dan seterusnya kehilangan 5 negeri! Kambing hitam perlu dicari untuk dijadikan korban!

Muncul pula musim baru. Musim baru bererti slogan baru.

Satu Malaysia; Rakyat diDahulukan dan Pencapaian diUtamakan.

Malangnya musim baru belum berakhir kita dikejutkan dengan perarakan kepala lembu, pembakaran gereja-gereja dan pencemaran masjid-masjid!

Sebenarnya kita belum Merdeka! sepenuhnya. Kita masih lagi dijajah dengan permainan perkauman oleh pihak British yaitu melayu ertinya peribumi, cina ialah kaum pedagang dan india kaum buruh!

Apa yang kita mahukan bukan slogan tapi kerajaan yang adil , bertanggungjawab dan telus. Kalau dalam bahasa Inggerisnya good governance. Itu saja. Barulahkita Merdeka! sepenuhnya.

1 comment:

  1. setuju sangat... inilah akibahnya bila pemimpin ingin cari makan menerusi kepimpinannya... pemikiran mereka untuk cari untung, rancangan mereka untuk cari lama, rancangan mereka untuk kroni sendiri... dari dulu, kini dan selamanya masalah ini tak akan selesai...

    ReplyDelete