Pelakon menjadi ikon masyarakat?
Menjadi ikon ada prasyaratnya;
- indah di kaca tv indah lagi di belakang tabir
- bijak mengurus wajah bijak lagi mengurus kelakuan
Apa yang pelakon kita patut buat ialah;
- memperkasakan fikiran agar bila diwawancara menampakkan ilmu penuh di dada.
- menaikkan taraf lakonan agar menjejak pentas antarabangsa
Bukan macam sekarang ini;
- pelakon dicemari gossip sensasi
- yang menjadi taruhan hanya populariti
- syabu dan ketamin menjadi teman sejati
- cakap melayu berterabur sehingga kita tak pasti dianya boleh bertutur dalam bahasa ibundanya
Yang kurang pada pelakon kita ialah;
- jatidiri
- muhasabah diri
- harga diri
Jika semuanya dibaiki;
- nescaya pelakon diteladani
- dia di puji dan diikuti
- dia juga disegani dan dihormati
Tak perlu jadi ikon. Peribadi yang mulia tetap dimuliakan.
(artikel ini dipetik dari laman Mukim Anak Wayang – laman rasmi penggiat seni filem tanah air)
No comments:
Post a Comment