Saya orang N9. Saya singgah di Mahkamah Syariah Melaka kerana hendak menguruskan soal perintah faraid di mahkamah. Parking di dalam kawasan mahkamah penuh. Saya parking di bahu jalan. Di bahu jalan banyak kereta.
Paling depan kereta saya. Belakang sebuah kereta lama, Nissan Sunny. Belakangnya sebuah kereta BMW 5 series baru dengan satu lambang (saya lupa lambang itu). Belakangnya sebuah kereta Saga lama.
Setelah berurusan saya pun balik semula ke kereta. Saya dapat surat saman. Saya periksa tiga buah lagi kereta di situ. Nissan Sunny dan Saga dapat surat saman. BMW 5-series TAK KENA!!! Puas saya periksa kereta itu. Mungkin jatuh ke tanah? Tak ada! Wah … saya bengang!
Ketika nak cari tempat reverse baru saya perasan ada satu padang dijadikan tempat parking!
Mungkin saya tersalah faham. Mungkin drebarnya ada di pondok jaga sambil berbual dengan pengawal. Dan setiap kali datang tukang saman dia akan uruskannya. Mungkin dia kata, “Tak payah saman. Boss aku ada di dalam sekejap!” Atau dia ambil saman itu dan simpan.
Ketika saya pergi bayar saya dirujuk ke tingkat 3 bangunan majlis perbandaran melaka. Di sana saya komplen pada keraninya fasal BMW itu. Dia kata, “Itu saya tak taulah!” Saya diberi surat memohon potongan bayaran saman. Ketuanya pula tak ada. Saya dirujuk ke tingkat 2. Nasib baik ada seorang pegawai lagi. Dia baca lebih kurang dan bagi saya potongan 50%. Saya turun ke lobby dan bayar. Kena RM50.00.
Melaka Bandaraya Bersejarah memang bersejarah buat saya hari itu. Walau bagaimanapun kereta BMW itu masih bermain-main di dalam fikiran saya. Saya teringat di zaman 90an dulu bagaimana polis trafik trafik KL menghadapi masalah dengan drebar-drebar kereta boss yang parking tak menentu di kawasan Hotel Shangri La sehingga menimbulkan polemik dalam suratkhabar. Kebanyakan kereta itu ialah Mercedes. Atau kisah boss-boss kereta mewah tak bayar saman hadlaju di lebuhraya PLUS.
Kalau boss-boss kereta Mercedes, BMW dan seumpamanya berlagak macam itu jelaslah bangsa kita masih dihambat oleh fahaman feudal lagi! Undang-undang hanya untuk kita rakyat marhaen. Bilalah orang kita nak terbuka minda?
No comments:
Post a Comment