Sunday, December 6, 2009

Dongeng sekeping Hati

Sudah menjadi budaya di dalam masyarakat melayu muslim jika anda belajar agama anda perlu:

  • khatam quran
  •  belajar solat
  • belajar puasa
  • hafaz quran (kalau boleh)

Saya tidak ada masalah dengan budaya ini.

Setelah meningkat dewasa jika anda lakukan:

  • solat
  • puasa
  • zakat
  • haji

anda dipandang mulia.

Saya juga tidak ada masalah dengan pendirian begini.

Dalam pada itu:

  • (jika pemimpin) anda masih berlaku zalim dan suka berbohong pada yang dipimpin demi menjaga hati orang yang di atas atau menjaga piagam parti atau kumpulan;
  • (jika ilmuan agama) anda terus menghukum puak yang tidak sehaluan dengan bersangkakan diri anda lebih mulia dari mereka;
  • (jika peniaga) anda terus mengaut keuntungan luar-biasa kerana polisi kerajaan membenarkannya dan pengguna tersepit dengan beban hutang untuk melunaskan kehidupan seharian mereka;
  • (jika seorang anak) anda menganggap ibu-bapa adalah sebuah monumen klasik yang layak untuk diziarah saja;
  • (jika warga biasa) anda bertaklid buta pada pemimpin, akhbar, parti, imam dll.,

maka … semuanya itu menjadi tanda-tanya kepada saya.

Lupakah anda akan pesan ini?

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Atau yang ini?

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Atau ini?

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)

"Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Atau yang ini?

Wahai nafsu muthmainnah! Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda (dan) diredai. Yaitu masuklah ke dalam (golongan) hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
(Ayat 27 – 30 : Surah al-Fajr )

Bersandarkan firman dan hadith di atas adakah:

  • solat
  • puasa
  • zakat
  • haji

yang didirikan oleh hati yang:

  • zalim
  • angkuh
  • menipu
  • berburuk-sangka 

diredai oleh Tuan Yang Empunya Agama?

Orang yang bertakwa dan hatinya dipenuhi Allah bagaimana sifat-sifat mereka?

Contoh yang terbaik ialah RasuluLah.

Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang baik (riwayat Ahmad bin Hanbal).

Beribadat ikut RasuluLah saja tidak cukup kalau akhlak tersangat jauh dari yang diamalkan Baginda sebab gerak-geri ibadat boleh ditiru oleh simunafik atau sijahil atau yang suka bertaklid.

Manusia ada dua sisi; jasmani dan ruhani. Bila anda ingin membersihkan ruhani anda akan masuk ke satu daerah yang rumit dan bersifat ghaib. Hujah terhenti di sini kerana rasa akan memainkan peranan.

No comments:

Post a Comment