Friday, December 18, 2009

Tapah RnR

Jam 2 pagi, Rabu 16hb Disember 2009, saya dan adik-beradik singgah di Tapah R&R; dua buah MPV. Kami dari Langkawi. Yang turun minum cuma berempat. Yang lain tidur.

Saya pesan teh panas dan makan pau kacang panas. Saya dapat  teh suam kuku. Terasa macam air panas campur air sejuk yang belum benar-benar masak. Paunya ok.

Kemudian kami berangkat pergi. Tiba-tiba perut memulas. Terasa nak buang air besar mendesak-desak. Sendawa bertalu-talu. Makin terasa nak muntah. Mungkin kerana air yang tak cukup masak tadi.

Kami bergegas berhenti di Rawang R&R.

Di situ saya sempat buang air besar. Dan muntah-muntah. Keadaan lega sikit.

Kami terus berangkat pulang; ke Seremban. Saya bergelut dengan senak perut dengan keinginan mendesak buang air besar.

Akhirnya lebih kurang 4.30 pagi saya sampai ke Seremban. Terus buang air besar. Sempat tidur setengah jam. Bangun tergesa-gesa dan muntah-muntah. Pusingan kedua ini memang teruk. Ianya berterusan sampai segala isi perut habis keluar.

Sepanjang hari Rabu dan Khamis saya hilang selera makan. Dan diserang cirit-birit. Pun begitu keadaan beransur pulih.

Setelah dapat berfikir saya sedar saya keracunan makanan!

Mungkin teh suam atau pau kacang.

Susah sangatkah peniaga melayu nak jaga kebersihan?

Perhatikan A&W, MacDonald, Kentucky Fried Chicken … dan … Kalau anda minta minuman panas anda akan dapat minuman yang memang panas. Suasananya bersih dan nyaman. Layanannya mesra.

Bila kita bagi sokongan kepada mereka ada segelintir orang yang tidak suka. Mereka kata kita sokong Yahudi. Kita sebagai pelanggan menuntut layanan mesra yang penuh tanggungjawab di dalam suasana yang bersih.

Jika peniaga melayu gagal mengamalkan etika kebersihan usah banyak rungut kalau dipinggirkan.

Saya mengadu kepada seorang sahabat.

Dia jawab, “Lain kali masuk saja ke Baskin’ Robbin’s Donut!”

No comments:

Post a Comment