Bila ada orang datang meminang dia tak nak.
Akan tetapi orang yang dia nak pergi meminang orang lain. Atau dipinang orang lain.
Tarik tali sorong tali kekallah dia membujang.
Alasan yang selalu kedengaran ialah tak kenal maka tak cinta.
Cinta ini tumbuh dua cara;
- Cinta sebelum kawin (lepas ini diistilahkan sebagai csmk)
- Cinta selepas kawin (lepas ini diistilahkan sebagai cssk)
Apa akan terjadi semasa akad nikah?
Pasangan csmk bersyukur akhirnya cinta mereka akan ditauliahkan dengan lafadz nikah.
Pasangan cssk pula berdebar-debar kerana lepas ini suka tak suka terpaksa berdua-dua.
Apa akan terjadi pada malam pengantin?
Pasangan csmk akan melepaskan rindu-dendam masing-masing tanpa apa-apa salam pengenalan (itupun kalau tak makan curi sebelum ni).
Pasangan cssk pula terpaksa acah-acah, colek-colek dan rasa-rasa untuk mencari ruang selesa yang selamat.
Apa akan terjadi pada hari-hari selepas malam pengantin?
Pasangan csmk kembali normal. Macam hari-hari biasa sebelum kawin. Ibarat bunga dedap wangi raja sehari dah mula pudar.
Pasangan cssk masih malu-malu kerana cinta baru berputik. Ibarat segenggam daun pandan wangi raja sehari harum semerbak.
Keputusan di tangan anda. Tak usah membujang lama-lama.
Jangan berharap sangat pada cinta sebab cinta akan tumbuh bila sampai masanya; tak semestinya ia tumbuh sebelum kawin.
No comments:
Post a Comment